Cara Buat Donut Gebu Lembut (Resepi & Panduan)

  • Whatsapp
Cara Buat Donut Gebu Lembut (Resepi & Panduan)
Cara Buat Donut Gebu Lembut (Resepi & Panduan). Source: ig/@salizakadir.

Cara Buat Donut Gebu Lembut – Because kids love donuts. I have a bad experience making donuts, sejak tu langsung i tak pernah buat, tak kuasa nak menguli basah ketiak at last tak jadi pun dah lah penat, hati pun sakit. Kalau kat batu pahat ni donut gebu paling sedap kat big apple lah, jauh nuuuu kat bp mall, 6 ketui ada lah RM16 tak silap. Sekarang ni haa order je anak-anak, mak is happy to make it for you, sebab effortless sangat tapi jadi sedap.

Here is the ingredients and how to make Donut Gebu, i believe kalau tak guna tm6 pun boleh je guna resepi ni.

Read More

  • 250g tepung
  • 30g gula
  • 40g butter/margerine
  • secubit garam
  • 5g yis
  • 140g cecair (1 egg yolk + 100g fresh milk + water)

Timbang & masukkan je semua dalam mixing bowl, knead 5-7 mins, transfer to a flat surface, bentukkan menjadi donut idaman, goreng and done.

Semua pembuat donut akan mencari hasil donut memiliki lingkaran cincin di tengah donut (white ring). Ia satu kepuasan bila berhasil dapat lingkaran ini. Petanda aras bahawa donut itu lembut, gebu & ringan.


Cara Buat Donut Gebu Lembut (Resepi & Panduan) source: ig/@umikitchen88

DONAT FLOWER BOUQUET

  • 120 gm air
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 sk garam
  • 4 sb susu tepung
  • 40 gm gula
  • 250 gm tepung roti
  • 5 gm yis
  • 42 gm marjerin seri pelangi

Masukkan semua bahan ke dalam bread maker kecuali marjerin bila dah jadi doh kasar masukkan majerin uli sampai jadi doh yang lembut dan licin berkilat kemudian timbang doh seberat 50 gm dan bulatkan, kemas rehatkan doh selama 10 minit bolehla gelek doh dan tekap doh menggunakan penutup botol
biarkan doh kembang selama 20 minit, panas kan minyak dan goreng sekali balik sahaja
angkat dan sejukkan.

TOPPING PURPLE

  • 125 gm coklat perasa blueberry
  • 1 sk shortening
  • masak kaedah double boiler..kacau sampai cair
  • celup donat dan hias ikut kreativiti masing-masing

TOPPING PINK

  • 125 gm white choc
  • 1 sk shortening
  • Pewarna pink

Masak kaedah double boiler, bila dah cair dan sebati celup donat tadi dan hias ikut kreativiti masing-masing.

Related posts