Cara Mohon Undi Pos SPR Online Dalam & Luar Negara – Anda yang sedang belajar atau bermastautin di luar negara, anda juga layak untuk mengundi! Buat permohonan undi pos melalui laman rasmi SPR.
Untuk cara cara lengkapnya:
- Melayari laman web rasmi SPR untuk permohonan akaun baharu di: https://myspr.spr.gov.my/login
- Isikan borang permohonan akaun dengan butiran yang diperlukan
- Muat naik gambar MyKad dan swafoto (selfie) bersama MyKad guna verifikasi identiti
- Log masuk k MySPR selepas kelulusan permohonan akaun
- Klik Permohonan Undi Pos
- Pilih Borang Permohonan
- Kategori Pengundi Luar Negara
Tarikh tutup permohonan undi post 23 Oktober 2022.
Kategori Pengundi Pos
1A – Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan Petugas Media
Tarikh tutup 2 November 2022
1B – Warganegara Malaysia yang berada di luar negara
Tarikh tutup 23 Oktober 2022
1C – Agensi/Organisasi
Tarikh tutup 26 Oktober 2022
*Urusan permohonan semua kategori telah dibuka mulai 10 Oktober 2022.
*Permohonan undi pos untuk kategori 1B dan kategori 1C dilaksanakan secara atas talian.
Jenis Pengundian Di Malaysia
- Pengundian biasa bagi pemilih biasa yang akan mengundi pada hari mengundi
- Pengundian awal melibatkan: Anggota tentera & pasangan, Anggota polis & pasangan, Anggota Pasukan Gerakan AM (PGA). Diadakan lebih awal iaitu tidak kurang 3 hari sebelum tarikh pengundian biasa, kertas undi yang ditanda akan disimpan dengan selamat, dibuka bagi pengiraan pada 5 petang di hari pengundian sebenar
- Pengundian pos bagi pengundi tidak hadir kerana menjalankan tugas pada hari mengundi seperti: Anggota tentera & pasangan, Anggota polis & pasangan, Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). Juga dibenarkan mengundi pos di luar negara, kakitangan awam berkhidmat di luar negara, petugas pilihan raya, ahli panel, pegawai & kakitangan SPR. Mana mana kategori ditetapkan SPR yang layak mengundi secara pos melalui pewartaan. Diadakan lebih awal iaitu: sebaik sahaja kertas undi dicetak, kemukakan kertas undi yang telah ditanda ke Pejabat Pegawai Pengurus SPR selewat lewatnya jam 5 petang pada hari mengundi.