Piramid Makanan Malaysia 2020, Apa Yang Berubah?

  • Whatsapp
Piramid Makanan Malaysia 2020
Piramid Makanan Malaysia 2020

Memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010 selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini.

Penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, di samping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi

Piramid makanan terbaru daripada KKM. Bahagian bawah sekali dah bertukar kepada buahan dan sayuran.

Jangan lupa dalam satu hari pastikan ada sajian sayuran dan buah-buahan.


Piramid Makanan Malaysia yang baru telah diadaptasi daripada Panduan Diet Malaysia 2020. Ia menekankan konsep seimbang, sederhana dan pelbagai dalam amalan pemakanan seharian.

Guna Piramid Makanan Malaysia 2020, panduan makan secara sihat untuk kita bersama!


PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020, Apa yang berubah?

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020, Apa yang berubah?
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020, Apa yang berubah?

Cuba tengok Kumpulan Nombor 1 iaitu kumpulan yang paling besar sekali. Bermaksud makanan yang kita perlu makan paling banyak.

Masa kita belajar dulu-dulu, kumpulan paling bawah ialah Karbohidrat kan.

Tetapi sekarang, kumpulan paling besar dah bertukar kepada Vitamin. Maksudnya kita perlu lebihkan makan sayur-sayuran & buah-buahan berbanding nasi mengikut sukatan yang betul.

Bagi konsep suku-suku separuh, separuh pinggan ialah sayur dan buah. Suku makanan daripada protein dan suku lagi daripada karbohidrat.

Jom latih diri kita untuk makan banyak sayur dan buah. Pesanan untuk diri sendiri juga.

  1. Kumpulan Sasaran: 18-59 tahun (DEWASA)
  2. Panduan berdasarkan pengambilan harian
  3. Saranan kalori: 1500-2000kcal
  4. Aras paling bawah: kumpulan SAYUR & BUAH
  5. Memaparkan SAIZ setiap hidangan
  6. Memaparkan saranan pengambilan AIR KOSONG 6-8 gelas sehari

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

Anda keliru untuk membuat pilihan makanan?

Mencari panduan pemakanan yang sihat?

Satu jenis makanan tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan. Oleh itu, kita perlu mempelbagaikan jenis makanan dan kuantiti mengikut tingkatan aras yang telah disusun dalam piramid makanan.

Kesannya, tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan bertenaga disamping fungsi otak dapat dioptimumkan.


Piramid Makanan Untuk Diet

Diet tak bermaksud tak makan langsung. Tapi makan dalam kuantiti sedikit secara kerap.

Piramid makanan berfungsi sebagai panduan diet umum yg sihat untuk kebanyakan individu. Ia berfungsi sebagai panduan visual yg mudah berdasarkan jenis dan kadar makanan yg patut kita makan setiap hari utk kesihatan.

Korang yang nak diet atau kurus ada ikut tak piramid makanan?


Piramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan

Setiap apa yang dihidangkan dan dimakan mestilah beringat dan berserdahana. Jangan makan secara berlebihan tidak kira apa hidangan yang anda makan

Related posts