Tahukah anda ciri-ciri pendidikan berkualiti? Ini adalah ciri-ciri pendidikan berkualiti yang perlu anda ketahui:
Ciri-ciri pendidikan berkualiti
1. Tenaga pengajar yang berkualiti
Guru yang berkualiti dapat melahirkan pelajar yang berpendidikan tinggi, aktif dan kreatif.
2. Tiada diskriminasi
Diskriminasi dalam pendidikan merupakan satu sifat negatif yang perlu dihapuskan karena ia menghapuskan impian orang lain.
3. Persekitaran yang kondusif
Persekitaran yang kondusif penting untuk memastikan keselasaan pelajar semasa menimba ilmu.
Berikut ini adalah cara untuk belajar dengan lebih efektif. Anda boleh mengamalkan tips ulangkaji ini.
Cara untuk belajar dengan lebih efektif
1. Jadikan tempat belajar anda tempat yang selesa
Ulangkaji boleh menyebabkan stres, oleh itu tempat belajar yang selesa penting untuk ulangkaji yang berkualiti.
2. Belajar secara berkumpulan
Belajar secara berkumpulan membolehkan kita berkongsi pendapat dan membetulkan kesalahan kita hasil tunjuk ajar orang yang lebih berilmu.
3. Jangan ulangkaji dalam tempoh yang terlalu lama
Ulangkaji yang terlalu lama akan menyebabkan kesan buruk terhadap fizikal dan mental. Pastikan jadual anda teratur.
4. Terus pelajari ilmu baharu setiap hari
Pendidikan merupakan suatu perkara yang berharga. Oleh itu, latihan yang berterusan akan menghasilkan impak yang positif. Untuk mencapai matlamat pendidikan berkualiti banyak pihak harus memainkan peranannya yang tersendiri. Antara pihak penting dalam mencapai pendidikan berkualiti adalah.
Pihak-pihak penting dalam mencapai pendidikan berkualiti
1. Kerajaan
Pihak kerajaan perlu melaksanakan pelan-pelan yang menjurus kepada memangkinkan kualiti pendidikan di Malaysia. Pelan ini juga melibatkan semua entiti pendidikan dari prasekolah sehinggan pendidikan tinggi.
2. Pelajar
Pelajar bertanggung jawab mempamerkan prestasi pelajaran mereka yang terbaik. Selain itu, pelajar perlu memberikan kerja sama dengan guru-guru agar mereka dapat membantu para pelajar.
3. Guru
Guru-guru perlu bersemangat dalam mendidik pelajar. Segala masalah yang dialami pelajar dalam aspek pendidikan perlu diberi tumpuan yang mendalam dan dibantu dengan sebaiknya oleh para guru.
4. Ibu Bapa
Ibu bapa bertanggung jawab memastikan anak-anak mereka dapat belajar yang kondusif. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan akhlak anak-anak mereka seiring dengan prestasi pelajaran untuk membentuk insan yang berkualiti tinggi dalam pendidikan dan budi bahasa.
Tahukah anda apakah usaha-usaha dunia dalam merealisasikan pendidikan berkualiti?
Antaranya:
- Myanmar -> menyelaraskan pelan strategik pendidikan nasional 2016-2021 selaras dengan pembangunan lestari.
- Norway -> menjadikan pembangunan lestari sebagai salah satu dar tiga komponen penting kurikulum pendidikan rendah dan menengah.
- Korea Selatan -> peningkatan 40% kemasukan pelajar ke pendidikan pra-sekolah.
- Republik Congo -> meperkenalkan program persediaan sekolah kepada pelajar berusia 5 tahun oleh guru yang terlatih.
Kesan Pendidikan Tidak Berkualiti
1. Kurang peluang pekerjaan
Pendidikan tidak berkualiti akan menghasilkan graduan yang tidak mahir dan tidak mampu mengharungi alam pekerjaan.
2. Ketaksamaan gender
Wanita akan terus dipandang rendah dan diberikan perspektif negatif serta tidak dilayan sama rata.
3. Gaya hidup tidak sihat
Kurangnya pengetahuan tentang kesihatan akan menyebabkan pengalaman gaya hidup yang tidak sihat dan membahayakan diri.
Masa Depan Bersama Pendidikan Berkualiti
1. Generasi yang berwawasan
Generasi masa depan akan menjadi generasi yang kreatif dan dapat memacu negara menjadi negara yang maju dan dipandang tinggi di mata dunia.
2. Sifat diskriminasi
Masyarakat yang tidak mendiskriminasi dalam apa jua bentuk dapat dilahirkan. Hal ini dapat menjadikan negara sebagai sebuah tempat yang aman dan selamat.
3. Ekonomi yang kukuh
Pendidikan berkualiti dapat melahirkan lebih ramai pakar-pakar yang dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Ramai baca: Contoh Puisi MPLS Paling Menarik