Diploma Pemulihan Cara Kerja UiTM 2022/2023

  • Whatsapp
Diploma Pemulihan Cara Kerja UiTM 2022/2023
Diploma Pemulihan Cara Kerja UiTM 2022/2023

Diploma Pemulihan Cara Kerja UiTM 2022/2023 – Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Program STEM Street Kejuruteraan 2022

Jemputan untuk menyaksikan majlis perasmian Program STEM Street Kejuruteraan 2022 anjuran bersama Pusat STEM Negara oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM secara live melalui Facebook Rasmi Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM – https://www.facebook.com/kpkuitm seperti ketetapan berikut:

Read More

Tarikh: 27 Julai 2022 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah C, Aras 6,
Kompleks Kejuruteraan
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam

Telah berlangsung:

Taklimat Peperiksaan Akhir Julai 2022 telah disampaikan kepada para pensyarah UiTM CNS oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM CNS, Ts. Dr. Noorlis Ahmad pada 19 Julai 2022 jam 10pagi.

Sesi taklimat berjalan lancar dengan sesi soalan jawab di hujung sesi taklimat untuk memberikan penjelasan dan kefahaman yang maksimum kepada semua warga bagi persiapan menghadapi minggu peperiksaan bermula 25 Julai 2022.

Penutupan Permohonan Mini Tranksrip
Penutupan Permohonan Mini Tranksrip

Makluman Berkaitan Penutupan Permohonan Mini Tranksrip

Pelajar yang memerlukan mini transkrip perlu membuat permohonan sebelum 25 Julai 2022

Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Pengajian Bagi Semester Mac - Ogos 2022
Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Pengajian Bagi Semester Mac – Ogos 2022

Makluman Berkaitan Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Pengajian Bagi Semester Mac – Ogos 2022

Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan yuran pengajian sebelum 27 Ogos 2022 bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

EKSPO SELANGKAH KE UiTM (ESKU) 2022 TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
EKSPO SELANGKAH KE UiTM (ESKU) 2022 TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Diploma Pemulihan Cara Kerja UiTM 2022/2023

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan hari ini berjaya menganjurkan program Ekspo Selangkah Ke UiTM (ESKU) 2022 yang berlangsung selama 2 hari bermula 18 Jun lalu. Program tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM di semua cawangan seluruh negara.

Bukan hanya pelajar, ibu bapa dan ahli keluarga turut dilihat menemani anak masing-masing bagi mendapatkan maklumat dan peluang bersesuaian dengan keputusan para calon. Profesor Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan dalam ucapannya berkata, sistem semakan selangkah yang dibangunkan oleh UiTM merupakan pemudah cara bagi para calon menyemak kelayakan akademik masing-masing sesuai dengan keputusan SPM dan STPM mereka. Selain itu, peranan perunding akademik dari kalangan pensyarah dalam membantu memberi khidmat nasihat kepada para calon berkenaan kursus dan pelan pengajian di UiTM diharap dapat membantu para calon membuat keputusan semasa mengisi permohonan UPU mereka nanti.

Tambahnya lagi, universiti sentiasa komited dalam membantu dan memastikan semua pelajar bumiputera mendapat peluang menjejakkan kaki ke menara gading selari dengan usaha dan keputusan mereka. Mengulas lanjut, sejak ditubuhkan pada tahun 1956, UiTM telah melahirkan lebih daripada 700,000 alumni yang kini merupakan pekerja sektor penting dalam pelbagai bidang. UiTM berbangga dengan ramainya jumlah graduan yang dihasilkan ini menggambarkan dengan jelas komitmen UiTM terhadap agenda membangunkan anak bangsa dengan meningkatkan jumlah penyertaan anak bangsa dalam sektor kemahiran dan profesional.

Program yang berlangsung dengan meriah tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri Haji Ismail, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan. Beliau menyifatkan program ini merupakan wadah penting bagi membantu masyarakat membuat keputusan dalam pelajaran mereka seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka kelak.

Related posts