Cara Semak Status Wang Tak Dituntut

  • Whatsapp
Cara Semak Status Wang Tak Dituntut
Cara Semak Status Wang Tak Dituntut

Cara Semak Status Wang Tak Dituntut – Kalian tahu tak yang kini kalian sudah boleh check Wang Tak Dituntut milik kalian secara online di laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System – https://egumis.anm.gov.my/

Kerajaan telah menyediakan laman online untuk menyemak wang yang tidak dituntut.

Nak semak wang tak dituntut online?

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran

Di sini saya kongsikan langkah-langkah untuk kalian buat semakan. Follow gambar ya untuk langkah-langkahnya.

(zoom untuk tengok gambar penuh)

Untuk makluman, kuota carian untuk satu hari ialah 2 carian sahaja – bermakna boleh buat carian untuk kad pengenalan orang lain juga.

Setelah carian senarai Wang Tak Dituntut dipaparkan, kalian bolehlah cetak senarai tersebut. Senarai tersebut akan paparkan dari mana sumber wang tersebut, tahun dan jumlah wang kalian yang belum dituntut.

Lepas tu nak buat apa pula?

Tunggu apa lagi, dapatkan wang kalian. Permohonan untuk mendapatkan Wang Tidak Dituntut masih perlu dilakukan secara manual. Borang dan prosesnya boleh dimuat-turun dilaman web ini juga. Kemudian kalian boleh hantar borang tersebut secara pos atau serahan tangan di cawangan Jabatan Akauntan Negara, Bahagian Wang Tidak Dituntut negeri masing-masing – senarai cawangan di gambar terakhir. Yang terbaiknya serahan tangan dari pengalaman saya, kerana pegawai bertugas dapat bantu buat semakan dokumen lengkap atau tidak.

Cara Semak Status Wang Tak Dituntut

  1. Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  2. Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal
  3. Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu
  4. Kemaskini maklumat pengguna
  5. Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat

Tak Perlu Penat Beratur, Ini Cara Cepat Semak Wang Tak Dituntut Melalui Online!

JANM telah membangunkan portal untuk menyemak WTD secara dalam talian, dan kini orang ramai boleh menyemak WTD menerusi portal eGUMIS.

Menurut JANM, carian untuk WTD di portal eGUMIS adalah untuk tahun kewangan 2006 sehingga kini sahaja, yang diserahkan oleh syarikat atau firma berkaitan.

Maklumat Wang Tak Dituntut (WTD)
Maklumat Wang Tak Dituntut (WTD)

Jika anda pertama kali mengunjungi portal eGUMIS, perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Pergi ke Tab Semakan dan klik pada Pendaftaran.

Di situ, pengguna perlu mengisi semua maklumat peribadi yang diperlukan, bersama nama pangguna dan kata laluan.

Selepas pendaftaran, pengguna perlu memasukkan nama pengguna & kata laluan dan taken log masuk.

Anda terperlu mengisikan alamat terkini selepas log masuk ke laman ke-2.

Selepas selesai, barulah boleh mendaftar masuk ke sistem eGUMIS.

Di laman utama eGUMIS, untuk membuat semakan, klik pada ‘KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT‘.

Carian boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan lama/baru, nombor tentera, nombor polis, nombor pasport, nombor sijil kelahiran atau nombor pendaftaran syarikat/firma.

Jika carian WTD menunjukkan ada wang yang boleh dituntut, ia akan menyenaraikan semua dibawahnya.

Tekan butang Cetak di bawah dan ia akan memaparkan hasil carian dalam dokumen PDF yang mudah disimpan dan dicetak.

Langkah seterusnya, adalah membuat permohonan WTD dengan butang ‘TERUSKAN DENGAN PEMOHONAN‘.

Anda hanya isikan butir butir akaun bank & tunggu kepada keputusan secara online banking nanti.

Terima kasih.

Related posts