Cara Menunjukan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

  • Whatsapp
Cara Menunjukan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Cara Menunjukan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Cara Menunjukan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara – Dipetik daripada @houseofpahang yang berkata:

Mengimbau kembali rukun negara, prinsip yang pertama iaitu kepercayaan kepada tuhan bermakna tidak ada satu agama pun yang mendorong kita untuk lakukan perkara yang tidak baik.

Kesetiaan kepada raja dan negara bermakna tanpa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang merupakan punca kuasa eksekutif dalam negara ini, maka tidak wujudlah Perdana Menteri dan jemaah menteri, tidak ada parti-parti politik yang mendokong prinsip demokrasi terpimpin di bawah raja berperlembagaan.

Sama-sama kita hayati Rukun negara dan fahami kenapa ianya terbentuk 50 tahun yang lalu.

Sekali lagi, terima kasih rakyat Malaysia.

Cara Menunjukan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Cucunda 2 Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah merupakan satu-satunya pewaris takhta di negara kita yang 2 nendanya pernah bergelar Ketua Negara Malaysia.

Nenda dari sebelah ayahanda baginda, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan #Pahang Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-VII & bersemayam di atas takhta negara kita antara tahun 1979 hingga 1984.

Nenda dari sebelah bonda baginda pula iaitu Duli Yang Maha Mulia Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi, Sultan #Johor Moden Ke-IV, memerintah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-VIII antara tahun 1984 hingga 1989.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat-Nya ke atas roh nenda-nenda baginda & menjadikan makam mereka sebagai salah satu dari taman-taman syurga serta memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI & Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Amin.

LAKSANAKAN AKTA 'LESE MAJESTE' DEMI NEGARA BERDAULAT
LAKSANAKAN AKTA ‘LESE MAJESTE’ DEMI NEGARA BERDAULAT

Cara Menunjukan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Tindakan menghina dan mempersenda Yang Dipertuan Agung dan Institusi MRRM menerusi media sosial dilihat semakin berleluasa sehingga ada yang mencadangkan supaya undang-undang ‘Lese Majeste’ yang diamalkan di Thailand diperkenalkan di Malaysia bagi membendung kebiadaban tersebut.

Lese Majeste, yang berasal daripada bahasa Latin, bermakna ‘menderhaka kepada raja‘.

Undang-undang itu digubal demi melindungi, memelihara kemuliaan dan menghentikan penghinaan terhadap institusi raja di beberapa negara dengan pendekatan dan hukuman berbeza.

Di Malaysia, individu yang didapati mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja akan disiasat dan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Walaubagaiamanapun, kedua-dua Akta ini dilihat terlalu longgar, mudah dimanipulasi dan mengambil masa lama untuk disabitkan kesalahan

Sehubungan dgn ini, dalam pada masa proklamasi darurat ini, Undang-undang yang lebih khusus seperti Lese Majeste dapat dikuatkuasakan serta-merta bagi mengekang seterusnya menyelesaikan kemelut isu penderhakaan kepada Raja dan Negara.

𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔

Daulat Tuanku.

Related posts