5 Contoh & Cara Buat Karangan BM (Bahasa Melayu)

  • Whatsapp
Cara Buat Karangan BM
Cara Buat Karangan BM

Cara Buat Karangan BM – Cara tulis rumusan BM 30 Markah, tidak boleh lebih 120 perkataan, soalan ada bagi bahan bahan daripada bahan yang diberi, cari fokus. Fokus ialah apa yang bahan itu ceritakan? (fakta, sebab, kesan, cara, langkah, …) Satu rumusan BM boleh ada 2-3 fokus.

Tips Cari Fokus Karangan BM

  1. Baca dulu petikan dan semua bahan. Cari tema, fahamkan apa sebenarnya yang petikan ceritakan.
  2. Garis selepas perkataan “dapat”, “untuk”, “harus”, “mampu”, … kebanyakannya selepas perkataan ini adalah fokus yang kamu nak cari.

Pendahuluan Cara Buat Karangan BM Mesti Ikut Ini!

  1. “Rumusan membincangkan (Fokus 1) dan (Fokus 2)”.
  2. Fokus 1 (6 isi) guna penanda wacana (antaranya, antara fokus 1) ialah, selain itu, seterusnya, di samping itu, kemudian, akhir sekali)
  3. Fokus 2 (2 isi)
  4. Penutup (Mesti tahu satu ayat sahaja)

Penanda Wacana Untuk Memulakan Ayat Pendahuluan Karangan

  1. Pada era globalisasi ini
  2. Pada zaman pascakemerdekaan ini
  3. Dalam meniti arus kemodenan ini
  4. Dewasa ini
  5. Pada masa ini
  6. Kini
  7. Dasawarsa ini
  8. Dalam meniti kehidupan pada marcapada
  9. Sejak sedekad yang lalu
  10. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan
  11. Belakangan ini
  12. Sejak

Contoh Penutup Karangan Bahasa Melayu (BM)

“Kesimpulannya, ternyatalah… (isu/tema)… memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah melayu ada menyatakan bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu (tema) ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara.”

5 Contoh Karangan BM

#1. Memupuk Semangat Patriotik

Memupuk semangat patriotik Antara faedah-faedah mempelajari mata pelajaran sejarah ialah untuk memupuk semangat patriotik dalam diri setiap rakyat malaysia.Hal ini dapat meningkatkan serta mengekalkan semangat cinta akan negara pada setiap rakyat malaysia pada era modenisasi ini.Sebagai rakyat malaysia,kita perlu mengkaji dan mempelajari sejarah tokoh-tokoh pejuang negara kita yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan hak rakyat tanah melayu daripada di jajah oleh negara british.Melalui perjuangan ini,pelbagai iktibar dapat kita peroleh seperti sikap keberanian yang ditonjolkan oleh tokoh-tokoh terdahulu.Oleh hal yang demikian,ibu bapa dan guru turut memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk semangat patriotik kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur bulu biarlah daripada rebungnya.Oleh itu,untuk mengetahui dengan lebih mendalam kita boleh membaca bahan-bahan bacaan bersejarah seperti majalah kosmik dan majalah dewan bahasa dan pustaka serta melayari internet untuk melihat gambar-gambar bersejarah di malaysia.Sekiranya kita rajin membaca pasti akan dapat mengatasi masalah malas membaca bak kata peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’.Impak yang bakal kita kecapi adalah semangat cinta akan negara akan meningkat dan berterusan sepanjang masa.

#2. Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita

Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal. Kebersihan dapat menghindari penyakit.

Kita perlu mengemaskan tempat tidur. Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan. Kita harus menyapu sampah. Rumah menjadi kemas dan bersih.

Kita harus mencuci longkang-longkang. Daun-daun kering juga disapu. Rumput yang panjang hendaklah dipotong. Tempat tinggal yang bersih, hidup pun sihat.

#3. Aktiviti Hujung Minggu

Hujug minggu merupakan hari cuti. Hari yang selalu kita tunggu. Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.

Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Bergotong-royong membersihkan rumah. Mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.

Hubungan antara ahli keluarga bertambah baik. Kasih sayang kepada keluarga bertambah. Aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu. Rumah bersih, hidup sihat.

#4. Pengalaman Di Kampung

Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang kampung. Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya.

Ketika itu musim buah-buahan. Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam. Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya ke dalam raga. Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong.

Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya. Udara di kampung juga nyaman dan segar. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.

#5. Bagai Mencurahkan Air ke Daun Keladi

Kok Kent seorang budak yang nakal. Kok Kent suka merayau-rayau dan kacau ternakan orang. Orang kampung mengadu kepada ibu bapanya.

Mereka menasihatinya. Tapi dia masih buat juga. Suatu hari, dia diserang lembu. Kok Kent lari dan jatuh ke dalam parit. Badannya luka-luka dan kakinya patah. Dia dihantar ke hospital.

Setelah sihat, Kok Kent kacau lagi ternakan orang kampung. Sikap Kok Kent seperti “mencurahkan air ke daun keladi”.

Related posts