Cara Mohon PTPTN – Tambah tolak lebih kurang satu minggu lagi nak minggu orientasi dah. Ada yang keliru nak buat pinjaman PTPTN.
Kami kongsikan kaedah mudah buat anda! Bila nak kena hantar surat perjanjian? Permohonan semua? Biasanya agen PTPTN akan datang ke UKM untuk mengutip surat perjanjian dan segala dokumen yang perlu. Jadi tak perlu risau! Maklumat ini akan diberitahu kemudian.
Ada apa apa persoalan lagi? Boleh tinggalkan komen!
4 Cara Mohon PTPTN
Khas daripada Pembina UKM, perlu tahu!
1. Nombor PTPTN
Pembelian di laman sesawang www.ptptn.gov.my
2. Permohonan Pinjaman Secara Online
Rujuk sistem pinjaman dalam talian di laman sesawang www.ptptn.gov.my
3. Semakan Jadual Permohonan / Bayaran Pinjaman
Semak maklumat pinjaman dan ipt di laman sesawang www.ptptn.gov.my
4. Panel Bank
Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan UKM iaitu Bank Islam
Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Ijazah Kelas Pertama
Berita baik untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda di Malaysia.
Khas buat peminjam PTPTN yang bergraduan bermula tahun 2019, pengecualian bayaran pinjaman balikbuat semua pelajar yang meminjam di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat kelas pertama dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.
Berikut merupakan syarat-syarat untuk pengecualian bayaran PTPTN:
- Merupakan pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa;
- Berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan sesuai dengan dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penjaan lain;
- Kurus/Program peminjam di IPTS mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
- Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen;
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik.
Jika anda menepati syarat-syarat di atas, anda boleh memohon secara atas talian melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama . Anda boleh memohon selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Semoga berjaya.